Khamis, 16 Disember 2010

BILA UMURKU BERTAMBAH



Alhamdulillah sampai ke hari ini aku masih diberi kesempatan oleh yang Maha Esa untuk meneruskan saki baki hidupku yang  entah bila akan berakhirnya hidupku di dunia yang penuh dengan kealpaan ini dan bagaimana aku nak mengapdikan diri kepadaMu dan tujuan utama kejadianku sebagai maklukNya tidak lain tidak bukan hanyalah untuk beribadah kepadaMu..tetapi semalam usiaku bertambah kepada 21 tahun, yang membimbangkan aku adakah amal ibadahku selama ini diterima olehMu dan adakah aku salah seorang hambamu yang taat kepada perintah dan suruhanMu..

syukurku kepadaMu juga kerana telah mengurniakan seorang ibu yang sanggup mengorbankan dirinya untuk membesarkan diriku malah adik beradikku yang lain (4 orang) dan membesarkan kami dengan penuh kasih sayang, hanya Allah yang mampu membalas dan memberi kegala kebaikan kepadanya..terima kasih juga kepada ayah yang selama ini banyak berkorban untuk mendidik kami "kasih ibu hingga ke syurga, kasih ayah sepanjang hayat"

Buat akhirnya, di hari ulangtahun kelahiran ini, saya terus mengingatkan diri. Mungkin ramai orang berbangga bila semakin bertambah usia. Kerana ia melambangkan keremajaan, kematangan dan kedudukan dalam masyarakat.

Namun bagi saya, biarlah angka ini menjadi muhasabah dan peringatan, bahawa masa yang ada semakin singkat, perjalanan yang jauh kian dekat.

Yang dihitung bukanlah usia yang banyak, akan tetapi amalan soleh yang dapat diraih, sebagai manfaat dari sekian banyak nikmat Tuhan yang tidak terhitungkan...yang membawa pemiliknya semakin 'rapat' kepada Allah Yang Maha Hebat.

"Ya Allah, bantu hamba-Mu, berkati usiaku agar bila aku kembali kepada-Mu, walau tanpa pahala melimpah tetapi bersama rahmat dan berkah."

Buat kesekian kalinya, saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah Yang Maha Esa..

Kembara Mujahadah akan meneruskan kembaranya..
sekian..

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

renunglah dng mata hati..

renunglah dng mata hati..