Isnin, 20 Februari 2012

HADIS DOA MAKAN YANG TIDAK SAHIH


Anjuran Doa Sebelum Makan.

اللهم بارك لنا فيما رزقتنا, وقنا عذاب النار

Ya ALLAH, berkatilah bagi kami apa yang ENGKAU rezekikan kepada kami dan peliharalah kami dari azab neraka.

Penjelasan:

Hadis ini adalah hadis daif jiddan (sangat lemah). Dikeluarkan oleh al-Thabrani dalam ad-Du’a (no. 888), Ibn ‘Adi 6/2212 dan Ibn al-Sunni. Sanadnya memiliki kecacatan yang amat parah kerana di dalamnya terdapat rawi yang diperbincangkan oleh para ulama. Rawi tersebut ialah Hisyam bin Ammar dan Ibn Sami’. Namun yang lebih parah dari itu ialah Ibn Abi Zu’aizi’ah, dia seorang yang tertuduh berdusta dan hadisnya sangat. Oleh yang demikian hadis ini dianggap sebagai mungkar oleh Ibn Adi, al-Dzahabi dan Ibn Hajar al-‘Asqalani. Selain itu hadis ini dinilai sebagai daif jiddan oleh Syaikh 'Amr bin Ali Yasin dalam semakannya ke atas Kitab al-Adzkar Li al-Nawawi (no. 674). Apa yang sahih berkenaan doa sebelum makan ini adalah sebagaimana dalam hadis berikut:

إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَقُلْ بِسْمِ اللهِ. فَإِنْ نَسِيَ فِي أَوَّلِهِ فَلْيَقُلْ بِسْمِ اللهِ فِي أَوَّلِهِ وَآخِرِهِ.

Apabila salah seorang di antara kamu makan maka katakanlah: Bismillah, lalu apabila pada awalnya dia lupa maka katakanlah: Bismillah fi awwalihi wa akhirihi. - Hadis riwayat at-Tirmidzi, no. 1858 dengan sanad yang sahih.

Dalam riwayat yang lain, Rasulullah s.a.w mengajar Umar bin Abi Salamah yang masih kecil:

يَاغُلاَمُ سَمِ اللهِ وَكُلْ بِيَمِيْنِكَ.

Wahai budak lelaki, bacalah bismillah dan makanlah dengan tangan kananmu. – Hadis riwayat al-Bukhari, no. 5376.

Kesimpulannya, memadai sekadar membaca lafaz Bismillah ketika hendak makan tanpa perlu mengangkat tangan dan dilakukan secara berjamaah. Wallahu'alam.

by: Mohd Hairi Nonchi

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

renunglah dng mata hati..

renunglah dng mata hati..