Jumaat, 24 Jun 2011

HALAL HARAM SUATU SENTIVITI YANG PERLU DIZAHIRKAN (PART II)

sambunag drp (PART I) http://syazwaniblog.blogspot.com/2011/06/halal-haram-suatu-sentiviti-yang-perlu.html


Syubhah

Tanggungjawab ini perlu dipikul oleh semua golong yang bergelar muslim. Namun hakikat pada hari ini, pencarian makanan yang halal adalah sukar walaupun kita berada di negara yang majoritinya di kalangan orang islam. Mungkin ramai yang tidak percaya dengan apa yang diperkatakan ini. Hal ini kerana masih ramai yang tidak mendapat pendedahan tentang unsur-unsur yang dimasukkan dalam makanan seharian kita. Jika didedahkan sudah pasti ramai yang akan terkejut dengan hakikat halal dan haram yang berlaku sekarang. Kita sangat bersyukur kerana pada hari ini masih tidak ada orang islam yang makan daging khinzir secara jelas. Jika ada sekalipun, sudah pasti kes-kes seperti itu termasuk dalam kes-kes terpencil. Mungkin kerana sensitiviti terhadap pemakanan yang halal dan haram masih kukuh di hati-hati umat islam.

Namun unsur-unsur haram dimakan seperti khinzir dan darah masuk ke dalam industri makanan dalam bentuk yang sukar dikesan oleh orang islam. Contohnya, gelatin yang datang dari sumber lemak binatang yang haram, jika sekiranya gelatin yang terdapat dalam sesuatu makanan bukan dari sumber lemak binatang yang haram seperti khinzir, adakah kita pasti bahawa binatang tersebut disembelih? Jika benar binatang tersebut disembelih, timbul pula persoalan adakah disembelih dengan cara islam? Keraguan tersebut lebih menghantui kita semua apabila gelatin tersebut diproses dari negara-negara Barat.

Sememangnya apabila kita mengkaji dari sudut hukum, kita akan bertemu dengan satu proses yang dinamakan sebagai ‘istihalah’. Istihalah bermaksud perubahan yang berlaku kepada zat dan berubah dari zat asal kepada zat baru yang berbeza dari segi rasa, warna dan bau. Contoh yang biasa dibawa dalam kitab-kitab fiqh ialah apabila arak bertukar menjadi cuka di mana cuka ini boleh dimanfaatkan.

Begitu juga dengan masalah gelatin dari sumber lemak babi. Jika lemak babi yang terdapat dalam gelatin tersebut sudah melalui proses istihalah yang menyebabkan sifat yang haram itu berubah secara keseluruhannya, maka hukumnya juga turut berubah. Namun persoalannya, adakah gelatin tersebut melalui proses istihalah sepenuhnya? Jika gelatin lemak babi tidak melalui proses istihalah sepenuhnya maka hukumnya tetap haram dimakan. Dalam masalah gelatin yang datang dari sumber lemak binatang yang dipersoalkan sembelihannya, kalau sekiranya anda lebih terbuka dalam perkara khilafiah, maka di sana ada pendapat ulama yang membenarkan memakan sembelihan ahli kitab (Yahudi dan Nasrani). Ini bermakna jika gelatin tersebut datang dari negara yang beragama Yahudi atau Nasrani, hukumnya adalah harus dimakan. Ibnu Qudamah dalam kitabnya al-Mughni menyatakan :

"Ijma' ulama' membenarkan memakan daging sembelihan ahli kitab! Kerana firman Allah swt : 'Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu' (al-Maa'idah ayat 5)” (al-Mughni, 13/293).

Jika benar gelatin tersebut datang dari sumber binatang halal dan dari Negara ahli kitab, timbul pula persoalan adakah binatang tersebut benar-benar disembelih ataupun dibunuh dengan penggunaan elektrik dan sebagainya? Sudah tentu timbulnya keraguan di hati masyarakat kerana masyarakat digembar gemburkan dengan isu ayam yang dibunuh menggunakan kuasa elektrik.

Kesimpulannya, semua persoalan ini akan berakhir dengan keraguan (syubhah) kerana mampukah kita untuk menyelidiki satu persatu hanya untuk membeli produk makanan, terutamanya makanan ringan? Sudah pasti ramai yang malas untuk menyiasat satu persatu bagi memastikan sumber bahan yang digunakan adalah benar-benar halal. Sebenarnya islam telah memberikan garis panduan apabila berhadapan dengan masalah syubhat (keraguan) dalam pemakanan. Sabda Rasulullah s.a.w :

“Tinggalkanlah apa-apa yang meragukan kamu kepada apa yang tidak meragukan kamu” (Hadis Riwayat Tirmizi no: 2520)

Jelas di sini bahawa tidak ada alasan lagi bagi kita untuk mempertikaikan hujah-hujah terhadap pendedahan yang telah dilakukan. Kita patut berterima kasih kepada mereka yang mendedahkan unsur-unsur haram yang terdapat dalam makanan. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah mengeluarkan buku yang mendedahkan semua ini berdasarkan kajian-kajian yang telah dilakukan. Saya menyarankan agar para sahabat sekalian mencari buku-buku tentang pendedahan halal haram untuk dibaca. Siapakah lagi yang mahu menjaga sensiviti halal haram jika bukan kita umat islam sekalian?

Disediakan oleh Nik Mohd Fahmi b. Nik Harun Aminarrashed.

4 ulasan:

~ AlFaqeerah Ila Rabbi ~ berkata...

Assalamu'alaikum dinda mahbubah ;-)

Alhamdulillah, perkongsian yg begitu baik, ramai kini yg terlepas pandang dan tidak memberatkannya..pilihan di tangan kita kan dinda? inginkan yg shahih halal atau sebaliknya.

btw very nice info..

Moga ALLAH kasih dan redha dindaku disana :-)

kembara mujahidah berkata...

syukran akak..moga akak sentiasa berada dlm lindungan rahmat-Nya..

Tanpa Nama berkata...

menarik...mmg kita perlu tinggalkan perkara syubhah,krana syubhah akan jatuh ke perkara haram...nasihat yg sangat baik.

tapi ada 1 perkara yg sy rasa perlu dibetulkn..tntg ahli kitab.mmg btul smbelihan ahli kitab blh dmakan org islam.tetapi hakikatnya zaman kini,tiada lagi istilah ahli kitab,krana ahli kitab ialah yg mngikut kitab asal injil dan taurat.

tp pd hakiktnya hari ini tiada lg golongn ni krana kitab asal mreka tlah berubah scara kseluruhn isi kndungnnya...

jd tiada lg ahli kitab zaman skrg,smbelihn yg blh dmakan hanyalah smbelihan orang muslim..wallahua'lam..

NorFarahin@aien berkata...

as salam...
pengisian yang baik..
hakikatnya...susahny nk mcari yang halal kn zmn skrang...kdg2 kbnykn yang ad kt msia ni syubhah..cop jakim skrang pn xmjamin ugak...atas kter nk tw mend 2 halal o x...better kter cek dl content y ad lam sesuatu mknn y kter bli...
sumeny tletak ats dr kter...tpuk dada..tnya iman...
truskan bertinta di jalan dakwah...
;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

renunglah dng mata hati..

renunglah dng mata hati..