Isnin, 20 Jun 2011

HALAL HARAM SUATU SENTIVITI YANG PERLU DIZAHIRKAN


PART 1
oleh: Nik Mohd Fahmi b. Nik Harun Aminarrashed.

Sahabat-sahabat seperjuangan yang amat saya kasihi sekalian, saya ingin mengajak diri saya dan sahabat semua, marilah kita menginsafi suatu isu yang sudah pasti akan membangkitkan sensitiviti kita sebagai umat islam. Walaupun kita berada dalam masyarakat yang sering berbeza pendapat dalam banyak perkara, namun dalam masalah ini, kita harus duduk satu meja untuk memikirkan dan menginsafi sebuah perjuangan yang suci lagi murni iaitu memperjuangkan isu halal haram yang berlegar di sekeliling kehidupan kita seharian.

Tunjang Akidah

Bila kita memperkatakan tentang isu ini, kita tidak akan dapat lari daripada pegangan akidah yang kita genggam selama ini. Sahabatku, Allah menurunkan al-Kitab (Quran) dan Rasulullah mengajarkan as-Sunnah (Hadis) bagi membimbing makhluk bernama manusia agar tidak terseleweng daripada landasan sebenar.

Jika sekiranya Allah tidak mengajar dan membimbing kita menerusi al-Kitab dan as-Sunnah, kita pasti akan terkapai-kapai mencari kebenaran yang hakiki.

Sememangnya kita dianugerahkan akal fikiran untuk berfikir dan terus berfikir menjawab persoalan kebenaran yang bermain di benak fikiran kita semua. Bagi mereka yang mengalami masalah hutang, mereka akan berfikir bagaimana ingin melunaskan hutang-piutang, bagi mereka yang mentadbir sebuah negara, mereka berfikir bagaimana untuk menguruskan soal politik, bagi mereka yang berniaga, mereka berfikir bagaimana untuk mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda, bagi mereka yang memiliki keluarga, mereka berfikir bagaimana untuk menyara dan memberikan sebuah kebahagiaan kepada ahli keluarga mereka.

Semua masalah tersebut mampu diselesaikan dengan hanya menggunakan akal fikiran anugerah Yang Maha Esa.

Namun manusia memiliki pendapat berbeza-beza, dan pendapat setiap manusia adakalanya benar dan adakalnya salah. Perkara yang disebutkan di atas adalah perkara yang masih mampu difikirkan oleh manusia. Di sana ada perkara yang tidak mampu dicapai oleh akal fikiran manusia walau sebijak manapun mereka. Perkara-perkara ghaibiyyat tidak mampu dicapai oleh tahap kognitif manusia. Perkara sebegini memerlukan petunjuk daripada pemilik alam ini.

Begitu juga dengan perkara-perkara yang memerlukan tempoh masa yang panjang untuk untuk mengkaji dan mendapatkan keputusan yang tepat. Maka untuk mendapatkan bukti dari segi kesihatan sudah pasti 1400 tahun dahulu manusia masih tidak mampu untuk mengkaji secara saintifik tentang sebab musabab pengharaman makanan yang ditentukan oleh Allah. Justeru pada ketika inilah rujukan utama kita adalah apa yang diturunkan oleh tuhan pencipta alam sebagai kayu ukur dalam membezakan salah atau benar sesuatu perkara. Firman Allah :

“Jika kamu berbeza pendapat tentang sesuatu maka kembalikanlah kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (as-Sunnah)” (surah an-Nisa’ ayat 59)

Setelah kita meyakini dan akur bahawa tiada suatu kuasa yang mampu menyelesaikan masalah ummat, dan mampu memberikan petunjuk kepada jalan yang benar, melainkan kuasa Yang Maha Esa, apakah kita mahu berlengah dan berdalih lagi untuk sama-sama menghayati ajaran yang mulia ini. Kita sering mendengar bahawa “nak seribu daya, tak nak seribu dalih”.

Tetapi saya katakan bahawa mereka yang mahu akur dengan ketetapan Allah pasti mencari seribu daya untuk melunaskan tuntutan tersebut, namun mereka yang enggan akur kepada ketetapan ini tidak perlu kepada seribu dalih, bahkan mereka hanya perlu kepada satu dalih sahaja, sudah memadai untuk menolak semua tuntutan ini. Mereka inilah golongan yang ingkar. Oleh kerana itulah mereka yang memahami dan meyakini hakikat ini akan menurut segala kehendak al-Kitab dan as-Sunnah. Kita juga sudah pasti tidak terlepas dari melunaskan tuntutan ini. Mereka yang memiliki kekuatan akidah tidak perlu mempersoalkan segala ketetapan dari Allah, bahkan mereka mengikut tanpa sebarang prasangka. Itulah yang perlu ada kepada kita sebagai seorang islam.

Pemakanan

Al-Quran sangat menitikberatkan isu pemakanan halal dan haram. Allah menurunkan ayat yang menjadi garis panduan pemakanan kepada sekelian manusia agar manusia menjaga prinsip pemakanan yang betul. Kita wajib mengikuti segala yang telah ditetapkan oleh Allah tanpa sebarang alasan dan dalih. Firman Allah :

“Wahai manusia! Makanlah dari (makanan) yang halal dan baik yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu” (Surah al-Baqarah ayat 168)

Ayat ini menjelaskan prinsip mencari makanan dalam kehidupan seharian. Pemakanan yang halal dirakamkan oleh Allah dalam al-quran membuktikan bahawa kehalalan sesuatu yang mengalir dalam tubuh badan seseorang manusia adalah sangat penting dan dituntut oleh Allah. Tidak cukup dengan penekanan mencari yang halal, Allah turut menekankan bahawa halal itu perlu di gabungkan dengan thoyyib (baik), menjadikan tuntutan mencari makanan itu adalah yang halal dan thoyyib. Sehingga kini, isu halal dan haram banyak digembar-gemburkan dalam media elektronik dan media cetak terutamanya surat khabar dan rancangan-rancangan di televisyen seolah-olah isu ini walaupun sudah lapuk, namun tidak ada penghujungnya.

Terlalu banyak isu halal haram yang keluar dalam media seperti isu Tesco disaman kerana menjual ayam yang tidak disembelih, isu ayam yang disuntik enzim babi, isu keraguan status ayam kerana penyembelih yang tidak bertauliah, isu kilang tauhu bersama kandang babi, isu bebola ikan perut babi, isu sosej usus babi dan sebagainya. Jika kita peka dengan tajuk-tajuk akhbar, kita akan dapati semua yang ditulis ini adalah tajuk-tajuk yang tersiar di dada-dada akhbar. Halal dan haram adalah suatu yang jelas dan tidak boleh dipertikaikan lagi kerana Allah telah menyebut dengan jelas dalam al-quran. Firman Allah :

“Sesungguhnya Dia mengharamkan ke atasmu bangkai, darah, daging babi, dan daging haiwan yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah”. (Surah al-Baqarah ayat 173)

Berpegang kepada logo halal? Logo halal pun sudah dipermainkan begitu sahaja. Banyak kes-kes yang tertera di dada akhbar membuktikan logo halal dipermainkan. Pada hari ini logo halal tidak boleh dipercayai lagi kerana kita sudah lali dengan timbunan kes-kes yang tidak menjaga sensiviti umat islam. Contohnya kes logo halal dibeli. Sememangnya tidak ada akta yang boleh menyaman sesiapa yang mengeluarkan logo halal. Oleh kerana itulah ramai peniaga yang berani mengeluarkan logo halal walaupun ada unsur yang haram dimasukkan.

sambungan....

2 ulasan:

izzysabki berkata...

sangat tepat..halal haram ini xdpt dicapai oleh akal manusia..jd perlu sami'na wa ata'na dlm hal ni..xblh ambil ringan...gud entry~

kembara mujahidah berkata...

nntkan sambungannya lagi.=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

renunglah dng mata hati..

renunglah dng mata hati..