Sabtu, 21 Mei 2011

YA UKHTI..


Ukhti...

Jika kita mengeluh dan memarahi taqdir..sebenarnya kita juga tanpa sedar telah memarahi pengatur alam ini..iaitu Allah! Kerna siapa sahaja yang menurunkan semua ujian dan kesusahan ini jika bukan daripada Allah. Jika kita benci dan marah sekali dengan ujian ini..berarti kita juga benci dan marah sekali kepada-Nya. Mengapa tidak dicontohi teladan terbaik daripada Rabiatul Adawiyah..yang ketika ditanya oleh Sufyan Al-Thauri “Kenapa kamu tidak memohon kepada Allah untuk menyembuhkan kamu?”


Lalu Rabi’atul Adawiyah menjawab, “Kenapa aku merungut pula kerana itu hadiah Allah bagiku. Bukankah salah jika tidak mahu menerima hadiah Tuhan? Adakah bersahabat namanya jika kehendak sahabat itu tidak kita turuti?”


Pernahkah anti mendengar kisah Rabiatul Adawiyah yang bertemu dengan lelaki yang sedang sakit?

Suatu hari, Rabi’atul Adawiyah sedang melihat seorang lelaki berjalan dengan kepalanya yang berbalut. Beliau bertanyakan kenapa kepalanya dibalut. Orang itu menjawab mengatakan ia sakit kepala. 


Rabi’atul Adawiyah bertanya lagi, “Berapa umurmu?” 

Jawab orang itu, “Tiga puluh.” 

Rabi’atul Adawiyah bertanya lagi, “Hingga hari ini begaimana keadaanmu?” 

Kata orang itu, “Sihat-sihat sahaja.”


Lalu Rabi’atul Adawiyah berkata, “Selama tiga puluh tahun Allah menyihatkan kamu, tetapi kamu tidak mengibarkan bendera pada badanmu untuk menunjukkan kesyukuran kepada Allah, dan agar manusia bertanya kenapa kamu gembira sekali?? Dan setelah mengetahui kurniaan Tuhan kepadamu, mereka akan memuji Allah. Sebaliknya kamu, setelah mendapat sakit sedikit, membalut kepalamu dan pergi ke sana ke mari menunjukkan sakitmu dan kekasaran Tuhan terhadapmu. Kenapa kamu berlaku sehina itu!”


Subhanallah!! Begitu tinggi sekali cinta yang digambarkan wanita sufi penghuni syurga itu buat kekasihnya. Alangkah indahnya andai kita juga bisa mencintai Allah sehebat cinta Rabiatul Adawiyah kepada-Nya.


Ana menasihati anti kerana merasa bertangunggjawab untuk menyatakn hal ini. Ana tidak mahu melihat anti terus-terusan dalam keadaan berdukacita seperti itu. Hati dan cinta yang ada tautkanlah seluruhnya untuk Allah…nescaya di situ anti akan menemukan jalan kebahagiaan darinya. Carilah cintaNya..dan peluk selalu cinta itu jangan dilepaskan. 


Andai semua orang yang anti sayangi di dunia fana ini meninggalkan anti suatu hari nanti….tetapi Dia tidak akan sekali-kali meninggalkan anti. Kerna cinta sesama makhluk itu bersifat fana, manakala cinta kepada Khaliq itulah cinta baqa’ yang kekal abadi hingga ke hari bumi ini hancur menjadi debu..hingga ke hari manusia dibangkitkan lagi di padang masyar kelak..dan hingga kesemua neraca keadilanNya tertegak di negeri sana..ketika itu cinta Nya masih lagi terus ada. Cinta-Nya yang tidak pernah berkurang…malah semakin bertambah walaupun telah direbut oleh hamba-hambaNya yang lain.


Sesuatu yang diamanahkan oleh Allah tidak akan hilang di waktu hilangnya di sisi manusia. Orang yang berhubung dengan Allah tidak akan rugi tetapi beruntung. Orang yang ditolong Allah tidak akan kalah…tetapi akan terus menang!


Akhirul kalam…semoga bicara ini bisa menyapu duka yang melitupi ruang hati anti. Afwan andai ada bicara ana di sini yang kurang menyenangkan anti. Kerna ana tidak bisa dituntut di padang masyar kelak jika ada kata-kata yang menyakiti hati anti. Ana pohon maaf yang sebesar-besarnya.

“Ingatlah…Yang menulis ujian atasmu adalah Yang menulis nikmat untukmu”.


- petikan dari sebuah novel yang berjudul Stanza Cinta -

1 ulasan:

zufar berkata...

kadangkala apa yang kita inginkan kita tidak perolehi...mungkin sebab usaha kita ke arah itu tidak bersungguh-sungguh ataupun Allah sengaja tidak makbulkan permintaan kita dan memberikan yang lebih baik untuk kita..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

renunglah dng mata hati..

renunglah dng mata hati..