Khamis, 13 Januari 2011

WASIAT IMAM SYAFIE

WASIAT IMAM SHAFIE

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau
sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam
seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:
"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam
keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh
perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI

Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan,
mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki
yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT

Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang
tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita
zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta
kepada Allah.
KETIGA : HAK KEPADA KUBUR

Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang
tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat
Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR

Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan
maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA
HARI KIAMAT)

Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir,
mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI
NERAKA PADA HARI AKHIRAT)

Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap
warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)

Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat
baik kepada ibu bapa, bersedekah secara
terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)

Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar
menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan
bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW

Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan
syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith),
menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari
keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT

Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah
manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan
membenci kemaksiatan.

Wassalam.



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

renunglah dng mata hati..

renunglah dng mata hati..