Rabu, 12 Januari 2011

SAIYIDINA ALI DAN UNTA



PADA suatu hari setelah Ali r.a. menziarahi Rasulullah s.a.w., beliau terus
 ke  rumahnya  dan  dilihatnya  isterinya Fatimah r.a. sedang duduk memintal  bulu  domba. Kemudian Ali r.a. berkata, "Wahai perempuan yang mulia, adakah apa-apa makanan untuk suamimu ini?"

Kata  Fatimah  r.a., "Wahai suamiku, demi Allah aku tidak mempunyai apa-apa yang  dapat  kuberikan  untukmu makanan, tetapi aku mempunyai 6 dirham yang diberikan  oleh  Salman  Al-Farsi  sebagai  upah memintal. Dan wang ini aku bercadang untuk membeli makanan bagi Hasan dan Husin."
Apabila  Ali r.a. mendengar penjelasan dari isterinya itu maka dia berkata,n"Wahai  perempuan  yang mulia, berikanlah kepadaku wang yang 6 dirham itu."

Sebaik  sahaja  menerima  arahan  Ali r.a. maka Fatimah pun memberikan wang tersebut  supaya  Ali  r.a.  dapat  membeli makanan untuk anak-anak mereka.Dalam  perjalanan  ke  pasar Ali r.a. berjumpa seorang lelaki yang berkata,"Siapakah  yang hendak meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik."

Sebaik  sahaja mendengar kata-kata lelaki itu makan Ali r.a. pun memberikankepada lelaki itu wang 6 dirham yang ada padanya untuk membeli makanan.
Setelah  memberikan  wang  tersebut pada lelaki itu maka Ali r.a. pun balik dengan  tangan  kosong.  Apabila Fatimah r.a. melihat Ali r.a. balik dengan tangan  kosong maka beliau pun menangis. Ali r.a. berkata, "Wahai perempuan yang mulia, kenapakah kamu menangis?"
ata  Fatimah  r.a.,  "Wahai suamiku, aku menangis sebab kamu tidak membawa apa-apa."  Kata  Ali  r.a.,  Wahai  perempuan yang mulia, sebenarnya wang 6 ndirham  tadi  telah  kupinjamkan kepada Allah SWT." Sebaik sahaja mendengar kata-kata suaminya itu maka berkata Fatimah r.a. dengan redhanya, "Benarkah begitu?" Setelah  berkata-kata dengan Fatimah r.a. maka Ali r.a. pun pergi menuju ke rumah  Rasulullah  s.a.w.  Dalam perjalanan Ali r.a. bertemu dengan seorang lelaki  yang  sedang berjalan membawa seekor unta. 

Apabila Ali sampai dekatlelaki  itu  maka berkata lelaki itu, "Wahai bapa Hasan, belilah unta ini." Oleh   kerana  Ali  r.a.  tidak  mempunyai  wang  maka  berkata  Ali  r.a., "Sebenarnya  aku tidak mempunyai apa-apa untuk membeli untamu ini." Berkata,lelaki  itu,  "Beginilah,  aku  jualkan  unta ini kepadamu dengan harga 100 dirham. Dan wangnya bolehlah kamu bayar kemudian."

Oleh  kerana  lelaki itu tidak meminta wang dahulu maka Ali r.a. pun setuju dengan  berkata, "Kalau begitu aku setuju membeli unta ini dengan harga 100 dirham."  Setelah  Ali  r.a. membeli unta tersebut maka datang pula seorang lelaki  lain  lalu  berkata,  "Wahai bapa Hasan, apakah kamu hendak menjual unta  ini? Berkata Ali r.a., "Ya, memang benar aku hendak menjualnya." Kata Ali  r.a.,  "300  dirham."  Berkata lelaki itu pula, "Kalau begitu aku beli unta  ini  dengan  harga  300 dirham." Kemudian lelaki itu pun membayar 300 dirham dengan cara tunai.

Setelah mendapat wang tersebut Ali r.a. pun balik ke rumah dengan senyuman, melihat akan telatah Ali r.a. maka berkata Fatimah r.a., "Wahai bapa Hasan, apakah sebabnya tersenyum sangat."
Ali r.a. pun menceritakan dari mula hingga ke akhir tentang kisah jual beli unta  itu.  Setelah  selesai  mendengar kata-kata suaminya itu maka Fatimah r.a. berkata, "Wahai suamiku, sebenarnya kamu telah mendapat taufiq.

Kemudian  Ali  r.a.  pun  terus pergi menemui Rasulullah s.a.w. Apabila Ali r.a.  masuk  ke  dalam  masjid  baginda  Rasulullah s.a.w. memandang beliau dengan  tersenyum.  Sebaik  sahaja  Ali  r.a.  memberi  salam  lalu berkata Rasulullah  s.a.w.,  "Wahai  Ali, apakah kamu hendak menceritakan kepadaku, atau  aku  menceritakan  kepada  kamu."  Oleh  kerana  Ali r.a. tahu bahawa baginda   Rasulullah   s.a.w.  lebih  mengetahui,  Ali  r.a.  berkata.  "Ya Rasulullah s.a.w. eloklah anda sahaja yang menceritakan."

Kata  Rasulullah  s.a.w.,  "Wahai  bapa  Hasan,  tahukah kamu siapakah yang menjual unta kepada kamu dan siapakah yang membeli unta itu dari kamu? Kata Ali r.a., "Allah dan Rasulnya sahaja yang lebih mengetahuinya."

 Rasulullah  s.a.w  berkata, "Wahai Ali, kamu sungguh beruntung, kerana kamu berikan  pinjaman  kepada  Allah  SWT  6  dirham.  Sebagai balasannya Allah memberikan  kepada  kamu  300  dirham." Kata Rasulullah s.a.w. lagi, "Wahai Ali,  tahukah  kamu siapa yang menjualkan unta kepada kamu dan tahukah kamu siapakah  yang  membeli  unta tersebut?" Kata Ali r.a., "Allah dan Rasulnya lebih mengetahui." Kata  Rasulullah s.a.w., "Orang yang menjualkan unta itu ialah Jibrail a.s. dan orang yang membeli unta tersebut ialah Israfil a.s."




Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

renunglah dng mata hati..

renunglah dng mata hati..