Khamis, 4 November 2010

~ Kala Impian Tinggal Impian ~




Sejuta impi indah kusematkan di sanubari,
Biarpun impi bak fatamorgana dek teriknya mentari
Kupancangkan tekad di lubuk sanubari
Ingin kutebus segala khilaf dan alpa tanpa kusedari,
Demi impi jadi realiti

Namun..
Sejuta impi hancur kini
Ibarat kaca terhempas ke bumi
Menjerut jiwa menyeksa sanubari
Musibah bertandang tiada mampu kubentengi
Longlai ragaku lemah segenap sendi

Ya Rabbi, bantulah hambaMu ini
Hanya termampu menadah tangan
Bersujud ke hadratMu memohon ampunan
Tiada kuterdaya tanpa pimpinan Ar Rahman
Jangan biar kuhanyut dalam kekecewaan

Ya Allah, hanya Engkau yang mengerti
Lumatnya sekeping hati
Kurelakan sejuta impi berlalu pergi
Biar bercucuran air mata membasahi pipi
Tiada lagi kuingin berfantasi
Mengharap impi duniawi menjadi realiti
Dunia ini tiada yang abadi

Luka yang dalam menghuni sanubari
Ingin kusingkir menjauh pergi
Tiada gunanya diri menangisi
Telah tertulis dalam takdir Ilahi
Cuma kuinsan kerdil lemah sekali
Kala nestapa air mata teman sejati

Hendak kuluah tiada terdaya
Aku sendiri sebatang kara
Hanya terdaya memendam rasa
Biar derita hati sengsara
Hanya Rabbku merawat hati nan lara
Kusandarkan diri pada yang Esa

Ya Rabb..jangan tinggalkan hamba
HambaMu yang penuh bersalut dosa
Ya Ghafur..ampunilah segala dosa
Izinkan hambaMu ini menghuni syurga

sumber: http://ummuayman.wordpress.com/category/artikel/

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

renunglah dng mata hati..

renunglah dng mata hati..