Rabu, 21 September 2011

DIA TELAH PERGI

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH..

Apa khabar iman sahabat-sahabatku..? semoga berada dalam lindungan Rahmat-Nya.InyaAllah. Bersyukur kita hari ini masih dikurniakan umur yang panjang. Umur yang Allah pinjamkan kepada kita hanya untuk beribadah kepadaNya. Oleh itu,marilah sama-sama kita jadi hambaNYa yang bersyukur. Nikmat yang paling besar yang Allah kurniakan kepada kita adalah nikmat IMAN N ISLAM..ALLAHU AKHBAR!!Dalam melayari bahtera kehidupan kita akan menempuh pelbagai onak duri sebelum kita sampai ke destinasi yang akan dituju iaitu suatu alam yang kekal (akhirat). sebelum kita sampai ke penghujungnya kita pasti akan diuji oleh DIA untuk menguji tahap keimanan kita. TIdak beriman seorang hamba itu selagi mana dia tidak diuji. Barang siapa yang sabar dengan ujian yang Allah titipkan kepada dia, maka beruntungkan hamba tersebut.

Setiap manusia tidak akan terlepas dari ujianNya. Setiap ujian yang beri kepada kita itu tidak lain tidak bukan supaya kita dekat denganNya. Saya juga hanya hamba marhaen yang sering diuji oleh Allah. Baru-baru ini saya diuji dengan kematian seseorang yang saya sayangi dan kagumi. Dia adalah MOHD REDZUAN BIN SHAMSUDIN. Allahu Akhbar!! terasa berat untuk menerima kenyataan bahawa orang disisi pergi untuk selama-lamanya. Walaubagaimanapun Allah telah tetapkan yang hidup pasti kan mati. Kami redha dan bersabar dalam menerima ujian ini. Hakikatnya dia adalah pinjaman yang Allah berikan untuk saya dan keluarga hanya untuk sementara. Apabila sudah sampai waktu dan ketikanya dia akan pergi jua dan meninggalkan kehidupan dunia ini.

Allah telah tetapkan bahawa dia hanya sempat bersama kami hanya 27 tahun. Dia telah pergi dengan meninggalkan seorang zuriat kepada kami dan kami akan mendidik zuriatnya menjadi seorang anak yang soleh.InsyaAllah..Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Riwayat Muslim)

Dia adalah abangku..Allah telah memimjamkan dia kepada kami hanya sementara..seiap apa yang Allah tetapkan pasti ada seribu hikmah yang tersembunyi disebaliknya..INNALILLAHI WAINNA ILAIHIRAJIUN..semoga Allah tempatkan MOHD REDZUAN BIN SHAMSUDIN dalam kalangan orang yang beriman..AMINN..

(arwah bersama anaknya)

2 ulasan:

FARHANI PAUZI berkata...

Banyakkan bersabar na wani. Allah dah menentukan bahawa mati itu lebih baik baginya drp melihat arwah terseksa. Allah...

~ AlFaqeerah Ila Rabbi ~ berkata...

Innalillahi wainna ilaihiroji'un..Salam takziah dari akak ye dik, moga adik wani sekeluarga sabar dan tabah menghadapi ujian ini..

Moga roh arwah ditenang bahagia dialam sana, aamiin al-fatihah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

renunglah dng mata hati..

renunglah dng mata hati..