Jumaat, 25 Mac 2011

FADHILAT BERSOLAT

Tazkirah : Ingin masuk syurga lebih awal dari orang yang gugur syahid?



Dari Abu Hurairah r.a yang berkata, dua orang dari satu kabilah telah memeluk islam serentak dihadapan Rasulullah S.A.W. Seorang dari mereka telah gugur syahid kemudiannya dalam satu peperangan, manakala seorang lagi meninggal dunia setahun kemudian.

Diceritakan oleh Talhah bin Ubaidullah r.a bahawa beliau bermimpi menemui mereka berdua di hadapan pintu syurga, dan menyaksikan pemuda yang meninggal dunia setahun terkemudian masuk ke syurga lebih awal dari pemuda yang gugur syahid itu.

Kisah mengenai mimpi tersebut telah tersebar di khalayak ramai. Mereka berasa hairan kerana sepatutnya pemuda yang syahid itu masuk ke syurga terlebih dahulu.
Akhirnya mimpi tersebut diceritakan kepada Rasulullah S.A.W.

Sabda Rasulullah S.A.W, "Mengapa kamu perlu berasa hairan tentang perkara itu". 
Para sahabat menjawab, "Wahai Rasulullah, orang yang mati syahid itu ialah seorang yang bersemangat dan berani sebaliknya orang yang masuk ke syurga lebih awal ialah pemuda yang kedua".
Rasulullah S.A.W bersabda, "Bukankah yang mati kemudian dapat beribadat lebih setahun?"
Para sahabat menjawab, "Benar".
Baginda S.A.W bersabda pula, "Bukankah orang itu telah berpuasa lebih sebulan Ramadhan?."
Para sahabat membalas, "Benar, dia telah lakukan."
Rasulullah S.A.W bersabda lagi yang bermaksud, "Bukankah dia telah melebihi (dari orang yang gugur syahid) sekian banyak sujud dalam solatnya dalam sepanjang masa setahun?".
Para sahabat menjawab, "Benar".
Kemudiannya, Rasulullah S.A.W bersabda, "Oleh itu perbezaan antara kedua-dua mereka seperti langit dan bumi." 

(Dipetik dan diringkaskan dari keterangan hadis riwayat Imam Ahmad, Ibnu Majah, dan Ibnu Hibban tentang fadhilat solat.)

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

renunglah dng mata hati..

renunglah dng mata hati..