Rabu, 17 November 2010

~ Yang Dicari ~



Yang dicari,
walau bukan putera raja,
biarlah putera agama.

Yang diimpi,
biarlah tidak mempunyai rupa,
asal sejuk di pandangan mata.

Yang dinilai,
bukan sempurna sifat jasmani,
asalkan sihat rohani,
sempurna hati.

Yang diharap,
bukan jihad pada semangat,
asal perjuangannya ada matlamat.

Yang datang,
tidak perlu rijal yang gemilang,
kerana aku serikandi dengan kisah silam yang kelam.

Yang dinanti,
bukan lamaran dengan permata,
cukuplah dengan akad & janji setia.

Dan yang akan terjadi,
andai tidak sama dengan kehendak hati,
aku redho dengan ketetapan Ilahi,
kerana itulah ketentuan sejak azali.....

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

renunglah dng mata hati..

renunglah dng mata hati..