Jumaat, 26 November 2010

IMAN DAN AMAL

Sebagai contoh seorang bertanya kepada rakan yang lain:

Rakan A: macam mana kita nak rajin sembahyang?

Rakan B: kenalah kuatkan IMAN

Rakan A: macam mana kita nak kuatkan IMAN?

Rakan B: sembahyang la banyak2

Rakan A: ?????????????????? (pening aku, tadi aku tanya camne nak rajin sembahyang, dia kata kena kuatkan iman, aku tanya camne nak kuatkan iman dia suruh aku sembahyang plak dah.. adussss!!!! Pening)

Contoh yang mempunyai persamaan diatas ialah:

Rakan A: macam mana kita nak dapat duit banyak?

Rakan B: kenalah cari keje yang lebih bagus yang gaji lumayan

Rakan A: macam mana nak cari keje yang lebih bagus yang gaji

lumayan?

Rakan B: kenalah cari duit banyak2

Rakan A: ??????????????

Tentu sekali rakan A tadi tu pening dengan jawapan member dia. Sepatutnya Rakan B tu jawab carila keje dalam paper..pegila wusya2 kat kl... Sana gaji banyak..Itulah jawapan yang betul. Bukan peningkan member tu.
Begitu juga dengan persoalan IMAN ini. Pasti ada caranya untuk meningkatkan IMAN. Harap2 sahabat boleh paham apa yang saya nak sampaikan. Begini caranya.
Rasulullah bersabda kepada sahabat: perbaharui IMAN kamu
Sahabat-sahabat bertanya: Bagaimana kami nak perbaharui IMAN kami, Ya Rasulullah?

Jawab Rasulullah S.A.W: Perbanyakkanlah ucapan la ilaha illallah
Inilah jawapannya tetapi ia perlu di fahami dengan lebih mendalam maksud ucapan lailahaillallah. Jikalau lailahaillallah tu di sebut2 yakni la ilaha illallah, la ilaha illallah, la ilaha illallah, ini disebut sebagai zikir ataupun tahlil.
Jadi apakah yang di maksudkan dengan ucapan la ilaha illallah..
Erti la ilaha illallah ialah tiada tuhan melainkan Allah..

Utk memahami apakah ucapan la ilaha illallah.. kita kena pergi kepada maksud kalimah toyyibah ini secara lebih mendalam.Perkataan LA (lam alif) ialah kata NAFI(menidakkan), manakala ILLA(alif lam alif) ialah kata ISBAT(meniggikan).Kita juga perlu memahami maksud TUHAN yang sebenarnya tuhan ialah satu kuasa yang berkuasa keatas segala-galanya mengatasi segala kuasa yang ada atau dalam erti kata lain SUPER POWER,Kalimah la ilaha illallah ialah kalimah nafi dan isbat, ia juga adalah satu kalimah yang mana meletakkan Allah S.W.T di atas sekali.

LA ILAHA ILLAH
Erti: Tiada Tuhan Melainkan Allah

Ucapan la ilaha illallah: Tiada yang boleh beri manfaat Melainkan Allah
Tiada yang boleh beri mudharat Melainkan Allah
Tiada yang boleh beri sakit Melainkan Allah
Tiada yang boleh beri sembuh Melainkan Allah
Tiada yang boleh beri kaya Melainkan Allah
Tiada yang boleh beri miskin Melainkan Allah
Tiada yang boleh mematikan Melainkan Allah
Tiada yang boleh menghidupkan Melainkan Allah
Contoh lain:

Buah pisang kalau masak akan berwarna kuning pada pokoknya, buah rambutan pula kalau masak akan berwarna merah atau kuning pada pokoknya. Tapi kalau kita potong setandan pisang yang berwarna hijau(muda) dan kita potong buah rambutan yang masih hijau dari pokoknya kemudian kita biarkan di satu tempat, maka yang akan masak ialah buah pisang tu kerana bertukar kepada kuning tetapi rambutan tu takkan masak sebaliknya jadi buruk terus.

Inilah bukti kekuasaan Allah Yang Maha Pencipta buah yang tak berada di pokoknya pun boleh masak. Maknanya pokok tak boleh bagi buah masak, yang bagi buah masak ialah Allah. Inilah ucapan LA ILAHA ILLALLAH iaitu nafikan kekuasaan makhluk dan isbatkan kekuasaan Allah. Nafikan pokok tu boleh bagi buah masak kemudian isbatkan yang bagi buah masak hanya Allah S.W.T.

Kalau ada orang lain yang cakap pada kita macam ni(ucapan la ilaha illallah) maka kita katakan benar, sohih dalam hati(tasdiq), ini mampu suburkan IMAN anda.

IMAN(KEPERCAYAAN) hendaklah mengandungi tiga unsur penting, iaitu;

1. Iqrar dengan lidah

2.Tasdiq (dibenarkan) dengan hati

3. Dilakukan dengan anggota

Yang lainnyer sahabat semua leh pikir sendiri laJikalau perkara begini diucapkan pada orang lain sebanyak mungkin, Insya Allah iman anda akan meningkat, tapi jangan lak lupa nak doa minta pada Allah supaya di tingkatkan IMAN, doala bersungguh2 seperti pengemis mintak sedekah..

Rasulullah S.A.W bersabda: PERBANYAKKANLAH ucapan la ilaha illallah. Contoh2 ucapan LA ILAHA ILLALLAH yang bersangkut paut dengan kekuasaan Allah.

Di kepala kita adanya kening dan rambut, walaupun di kepala yang sama tetapi kening tidak akan panjang tetapi rambut semakin hari semakin panjang siapa yang kawal semua ni?.... Allah S.W.T

Orang yang bijak ialah orang yang sentiasa memikirkan tentang kekuasaan Allah nampak macam simple tapi bila kita ucapkan pada orang lain Insya Allah iman kita akan meningkat..

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

renunglah dng mata hati..

renunglah dng mata hati..