Sabtu, 20 November 2010

APABILA LELAKI TIDAK MENJAGA MATA

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 
  
Sebelumnya, maaf, penulisan ini, bukan mahu menjatuhkan sesiapa,
Bukan pula mahu semata-mata membela wanita..
Bacalah dengan hati yang terbuka...
Ia sekadar perkongsian dri saya, hasil pemerhatian dan pengalaman peribadi.

tengok ni, lukisan pun cantik tau, kalau wanita betul, lagi cantikkan?

" subhanallah, indahnya ciptaan Allah ini"
aish, punyalah bnyak lagi ciptaan Allah yg cantik2, perempuan juga yg dipujinya?

Apabila lelaki tidak menjaga mata..
  
Memanglah..alasan paling tak sedap dengar yg lelaki bagi
"standardlah tu, kiteorg kan lelaki,"
"normallah tu, huda, klu tak nnti org ingat kami gay pulak.... aish.. :D."
"klu tak suka, something wrong somewhere."
"dah diaorg tunjuk, kita tengok jelah"
"free show sapa tak nak?"
"tengok je, bukan buat apa.."
"tengok je, tak luak la."
"tengok je, tak sentuh pun.."
"tengok je, tengok je, tengok je."

Astaghfirullahalazim..ayat yang memang la sgt mengerunkan saya,
seorang perempuan..

Ya Allah!
Apa je yang ditengok tu?
Kalau AL QURAN tu, jgn kata baca, tengok dah dapat pahala,
aurat dan aset perempuan ni, jangan kata pegang, sentuh,
usik dan lain2 yang tak snggup sebut disini,
TENGOK sahaja dah dapat DOSA.
ulang tulis DOSA!
TENGOK = DOSA!
percuma2, tak buat apa, sekadar TENGOK JE dah dapat dosa.
senang je. seronok ke kumpul dosa mata?

Mangucap panjang saya, dan tergeleng2 lah kepala mendengar dan menulis ayat2 nie.
beruntunglah telinga2 yg xpernah mndengarnya dan
amat beruntunglah bibir2 yang tak pernah menyebutnya dan
berbahgialah hati2 yang tak pernah terlintas benda2 sperti ini...

Apabila lelaki tak jaga mata, pukul rata, tengok semua benda.
siapa kata, perintah menundukkan pndgan hnya utk perempuan?
ayat AL QURAN

“ Katakanlah kepada orang-orang mukmin (lelaki) agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka. Demikian adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita mukminah agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka”( Surah An-Nur : ayat 30,31) 
  hadith yang diriwayatkan di dalam musnad Ahmad Ibn Hambal bahawa, daripada Jarir bin Abdullah  radhiallahu’anhu berkata : Aku bertanya kepada Rasulullah SAW tentang pandangan secara tidak sengaja, maka baginda menyuruhku memalingkan pandanganku.” 

 Dalam hadith yang lain, baginda SAW diriwayatkan bersabda kepada Saidina Ali k.w.: “Wahai ‘Ali, janganlah kamu ikuti pandangan pertama dengan pandangan kedua, sesungguhnya bagi kamu yang pertama tetapi tidak yang kedua.”  
Berdasarkan hadith di atas, dapat kita fahami bahawa pandangan secara tidak sengaja ( yang pertama) berlaku tanpa niat daripada orang yang memandang. Maka dia tidak dikira berdosa selagi tidak berlaku secara sengaja dengan niat di hatinya, lantas pandangan kedua yang mengikuti pandangan pertama dikira berdosa kerana sengaja. Justeru, kita melihat bagaimana Rasulullah SAW menyuruh memalingkan pandangan apabila terpandang secara tidak sengaja dan tidak merenung lama kerana merenung lama sama seperti mengulangi pandangan.  Nabi Muhammad SAW juga bersabda: “Pandangan adalah panahan beracun daripada panahan iblis. Sesiapa yang menundukkan pandangannya daripada kecantikan wanita maka Allah mewariskan di hatinya kemanisan yang dimilikinya hingga hari bertemu denganNya.”
 see? bukan saya kata ni, ni perintah Al-quran ni....
perintahNYA utk dua2, LELAKI dan PEREMPUAN tak terkecuali.

LELAKI, lelaki2..
perempuan itu makhluk yg sgt menarikkan?
saya mmg nk tergelak bila lelaki puji perempuan yg cantik dgn komen
"subhanallah, indahnya ciptaan Allah ini"
aish, punyalah bnyak lagi ciptaan Allah yg cantik2, perempuan juga yg dipujinya? :)
jgn marah ya....

lelaki, lelaki,
perempuan itu ciptaan yg sangat cantik dan indah bukan?
jangan tipu saya dan jgn tipu diri dengn mnjawab TIDAK!
ya, sebab perempuan itu adalah perhiasan dunia yang sgt indah.
hiasan yg boleh mbawa pahala atau hiasan yg boleh menambah catatan dosa dan lgsung mngheret ke neraka!
maka, jagalah pendangan!
janganlah suka benar,
membuka profile perempuan2 yang mengupload gmbar awek2 cun yang putih melepak,
yg senyum manis, yang berlesung pipit, yg bmata kuyu, bundar, bulat,
yang posing maut yang pakai baju cantik,
yg mnggayakan tudung dan mcm fesyen...dan apa lagi?
TAK PERLULAH.
kenapa kamu nk bukak semua tu?
lantak diaorg la nk upload apa pun....
yg kamu nk join usahasama kumpul dosa tu kenapa?
saja la, nk tengok....dah diaorg tunjuk...
Allah!
kamu lelaki, perlukah tengok semua tu?
cuci mata ya? cuci mata dgn pakej tmbah dosa?

pada kamu itu biasa, oh sekadar gmbar, tak mbawa mkna apa2, namun sebenarnya,
bila kamu buka tu, kamu suka tengok.
kamu senyum
kamu puji, cantik.
kamu like.
kamu komen.
kamu kirim salam.
dan kamu akan bukak balik!
dan jgn tipu, klu kamu kata kamu tak ada niat apa2.
jangan tipu, kata kamu tak rasa apa2.

tapi, kalau mahu terus menipu diri, silakan.
cuma kat SANA nanti, kamu dah tak boleh tipu lagi.
janganlah cemarkan amal kamu, solat kamu,
zikir kamu, tasbih kamu, pahala jdi imam dan bilal  kamu,
semata2 kerana sepasang mata yang memandang kami yg hina dina ini,
melihat kami yg menjadi fitnah ini, T_T
memuji kami, perhiasan dunia yg fana ini...
janganlah.....

lihatlah sekadar yg perlu, dan bukan semahu2 kamu..
bila ada urusan, bila ada keperluan,
bukan bila ada je yg lalu, semua pun kamu tengok...
munkin dia xsedar dprhatikan kamu, tp Allah tahu, malaikat pun dah masuk 'buku'.

tunduklah ya. xpayah smpai langgar tiang. xpayah la jalan tutup mata.
cukuplah sekadar tak melihat ke sini sana. atas bawah.
tengok sekali pastu toleh lagi.tengok atas bawah pulak, pastu ikut pulak smpai hilang dri pndgan.
perhati setiap inci.
tak kisahlah, alam maya ke alam realiti.
jagalah mata.
dari saya , hambanya yang hina, bnyak khilaf dan dosa.
terpulanglah kalau kamu nk terasa, tp jgn marah ya....
sebab saya lebih berhak utk marah, bila kamu tengok saya!

IKLAN GODAAN SYAITAN(menjaga pandangan)

Catatan ini seharusnya merujuk kpd  wanita yg berpakaian sopan,bukan yg berpakaian tp telanjang, dan bukanlah saya membela dan mengalakkan pendedahan aurat! bila nampak muka dan telapak tangan pun masih diperhatikan, saya sebenarnya rasa amat terkilan. dan lelaki2 ini merujuk pada yg melihat perempuan2 walhal perempuan2 itu sudah tertutup.

 Tundukan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran kaedah berkomunikasi yang kita belajar "make eye contact with the person you're talking to". Melainkan dengan kaum sejenis. Teramatlah disarankan demi membina ukhwah yang kukuh. Berwaspada dengan konsep "dari mata turun ke hati". Tak bermakna tundukan pandangan sehingga jalan terlanggar tiang.

Info buat muslimah :
ANJURAN SURAH AN-NUR BUAT MUSLIMAH

Bacaan lanjut...

✔ http://www.mail-archive.com/mencintai-islam@yahoogroups.com/msg00312.html

by Ukhty Huda Nadira

2 ulasan:

hadi! berkata...

hurmmm..alhamdulillah n syukur dpt mbacanya~
sme2 la tok jdi yg terbaik~
insyaAllah..

kembara mujahidah berkata...

insyaAllah...berusaha ke arah kebaikan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

renunglah dng mata hati..

renunglah dng mata hati..