Sabtu, 30 Oktober 2010

~AKU TERIMA NIKAHNYA~


"Aku Terima Nikah"nya banyak memberi panduan kepada para remaja yang akan menempuh gerbang perkahwinan. Banyak isu yang diketengahkan adalah hasil pengalaman penulis yang telah menempuh asam garam perkahwinan dan mempunyai anak sebagai anugerah Allah. Remaja yang suka bercinta perlu membaca buku ini agar dapat mengenal erti cinta dan tanggungjawab sebagai sepasang suami isteri, bapa, ibu, anak, ahli keluarga dan sebagainya. Penulis mengolah buku ini berdasarkan pengalaman sendiri. Sketsa hidup yang terkandung di dalam buku ini tentunya menjadi daya penarik kepada para pembaca untuk mengikuti kandungan selanjutnya. Bacalah Aku Terima Nikahnya kerana ia sesuai untuk seisi keluarga khususnya para ibu bapa yang ingin mengenali lebih jauh lagi erti sebuah perkahwinan yang diinginkan … . Kandungan buku ini menggarap pengalaman pasangan muda yang bertemu jodoh di bawah landasan syariat agama. Menarik dan penuh sarat dengan unsur nasihat. Kisah di dalam buku ini sekali-sekala mencuit hati. Sungguhberguna dan tak rugi membacanya"   (CHE AMRAN IDRIS, Kumpulan RAIHAN)

TRILOGI AKU TERIMA NIKAHNYA merupakan gabungan buku best seller Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai ke Syurga dan Murabbi Cinta. Ia diterbitkan dengan hard cover bersama tajuk depan dengan  Gold Hot Stamping bersama dan teks dalam yang dicetak dwi warna. Turut dihiasi dengan petikan-petikan daripada setiap artikel untuk kemudahan pembaca. Dihasilkan dengan sasaran menjadikannya sebagai cenderamata dan hadiah perkahwinan, juga sesuai sebagai koleksi peribadi. AKAN BERADA DI PASARAN PADA NOVEMBER 2010..

(jom sahabat2 kita membaca sambil menjelajah cerita disebalik buku ini dengan membelinya di pasaran dengan harga rm55)

3 ulasan:

Siti Saadah berkata...

fuyoo...wani pengedr buku nih ek...

kembara mujahidah berkata...

tika: sekarang nie x jd pengedar la lg tp sape taw suatu hari nnt..hehe..
jom kita beli buku nie..wani pun x beli g tp insyaallah akn beli..

Tanpa Nama berkata...

tumpang tnya... kat mne blh dptkan naskah buku nie... blh state kan webnya...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

renunglah dng mata hati..

renunglah dng mata hati..