Sabtu, 18 September 2010

ORANG MUDA YANG HANYA SEKADAR MENGISI KEKOSONGAN DI MUKA BUMI

Bismillahirrahmanirrahim..

 
Suatu pesanan yang ingin lontarkan ke dalam hati-hati orang muda di luar sana.Agar mereka sedar bertapa Rasulullah begitu rindukan mereka.Allah,begitu rindukan rintihan mereka.Islam ,tidak pernah memberati mereka sepertimana yang mereka sangkakan. Telah berlalu selama 1400 tahun yang lalu,ada sepotong ayat di dalam sebuah "Buku' yang asing bahasanya dari bahasa kita,yang tidak pernah kita berusaha memahaminya maksudnya,yang jarang-jarang sekali kita membacanya,apatah lagi menyentuhnya!, yang didalamnya ternukil satu ayat yang menyatakan:

dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang saleh, Kami tidak memikulkan kewajiban kepada diri seseorang melainkan sekedar kesanggupannya, mereka itulah penghuni-penghuni syurga; mereka kekal di dalamnya.(Al-Araf:42)

Itulah AL-QURAN!Yang telah kamu tinggalkan selama 20 tahun itu!Yang dahulunya kamu didik untuk membacanya,dan Tuhanmu mempermudahkanmu untuk memahaminya!Dengannya membacanya,kamu memperoleh sakinah dan Rahmah!

Kini ,kamu telah jauh merantau ke usia dewasa.Hidupmu ditentukan oleh kehendakmu.Bukan orang tuamu lagi.Kamu pun sudah lupa akan pesan mereka sebelum kamu berjauhan dengan mereka:

Anakku,jangan tinggal solat...Anakku,jangan lupa Alquran...Anakku,jangan ikut keletah rakanmu yang hanya ketawa bersamu disaat kamu mengikuti mereka,dan akan meninggalkanmu dan menghinamu disaat kamu jatuh rebah seorang diri .

Kamu seringkali tertipu dengan manusia yang hanya bersama kamu disaat kamu senang,dan mereka mencari alasan untuk menjauhkan darimu apabila kamu kesusahan.Tetapi ,kamu lupa akan Tuhanmu!Yang senantiasa bersamu disaat kamu susah dan senang.Kamu lupakah?Kenapa disaat kamu diberi nikmat,kamu lupa akan Tuhanmu yang sentisa bersamu itu?Susah benar kamu mengucapkan syukur kepadanya.Susah benar kamu menunaikan apa yang disuruhNya yang tidaklah seesukar mkana itu.Egokah kamu!!!

Lihatlah.Disaat kamu jatuh rebah,kamu terhimpit dengan kekurangan wang,kamu berasa pelajaranmu begitu sukar,kenapa kamu ketika itu baru kamu menitiskan airmata ditikar sejadah mu?Namun,lihatlah bertapa kasihnya Tuhan kepada hambanya.Tak lama lepas itu,pasti sebahagian doa kamu dimakbulkan .Alhamdulillah...Tiadakkah kamu terfikir kenapa Allah tidak memakbulkan semua doa kita?Lihat orang bukan Islam,mereka berjaya bukan?Berdoa digereja,bukan pada Allah.Tetapi kenapa Allah memakbulkan juga doa mereka.

Ini semua tidak lain hanyalah kerana,Allah tidak mahu mendengar rintihan mereka yang PALSU dan SOMBONG itu.Untuk apa kita mendengar rintihan dan keluh kesah musyrikin yang hanya membingitkan telinga itu?Mereka ini tidak akan berhenti-henti meminta selagi mana tidak dapat apa yang mereka mahukan.Kadang kala meminta-minta pada manusia,sudah tidak dapat,meminta pula pada tuhan mereka.Diriwayatkan bahawa,suatu masa,malaikat memohon kepada Allah agar memkbulkan doa hambanya itu.Lalu,Allah menidakkannya dan mengatakan bahawa,"biarkan mereka,kerana Aku suka mendengar rintihan mereka"

Wahai orang muda,

Adakahkamu berasa cukup dengan hanya solat fardhu, puasa dan akhlak yang bagi kamu baik itu, untuk membolehkan kamu menghampiri syurganya?Bagaimana nak dikatakan dengan rambutmu yang terurai itu?Bagaimana pula dengan pakaianmu yang serba tidak kena itu?Berpegang tangan dan berzina itu,mana kamu nak sorokkan nanti di hadapan Tuhan kita?

Aku risau akan nasib kita,wahai orang muda. "Tanda-tanda awal kejatuhan Islam apabila hukum Islam ditinggalkan dan tanda-tanda akhirnya kejatuhan Islam ialah apabila sembahyamng ditinggalkan"

Apakah kamu tidak ambil kisah dengan kejatuhan Islam?Kata kamu,"kubur masing-masing,pandai-pandailah jaga diri"Yang disoal nanti bukan sahaja amalan kamu,tetapi apa sumbangan kamu terhadap menegakkan panji-panji Islam?

Wahai orang muda,Untuk apa kamu tunduk pada kemewahan dunia ini?Untuk apa kamu tunduk pada wanita-wanta yang hanya melemahkan semangat juangmu itu?Sejak kamu dilahirkan dari perut ibumu lagi,darah seorang pejuang telah lama mengalir deras di dalam pembuluh darahmu,atas nama Islam.Janganlah kamu menjadi terlalu dayus dan memalukan sebegini.

Kamu lebih suka bermegah-megah dengan pakaianmu di hadapan wanita unutk memperoleh perhatian.Hidup kamu hanya di atas pentas khayalan semata-mata yang penontonnnya adalah si wanita-wanita dayus yang acapkali melemahkan semangat pejuang-pejuang Islam sejak berzaman lagi.

Jika ia kamu seorang lelaki yang 'macho',bukan kamu yang membuang masa MEMPERGAKAN PAKAIAN DAN KETAMPANAN kamu untuk memikat wanita-wanita jalanan.Tetapi,wanita yang muslimah itu sendiri yang akan datang mendekati kamu dan membuat pilihan mana yang layak menjadi 'IMAM' mereka.Jikakalau Imam itu sendiri yang mengukur tahap kemampuannya dan lantas menjadi imama solat,sudah tentulah nampak janggal.Tetapi,jika makmum sendiri yang membuat penilaian berdasarkan ilmu dan kebolehan ,itulah sebaik-baik imam yang dipilih.Maka,janga kamu wahai lelaki menjadi ibarat imam yang mengukur kebolehan diri sendiri dan membuat penilaian.

Wahai semangat muda,Kita ini hanyalah suatu episod dari sebuah perjuangan ummat.Saat kematian itu pasti akan tiba juga.Tetaplah pilihanmu sekarang,sama ada mati dalam keadaan hina atau panji-panji Islam berada digenggamanmu.

"Sama ada kita membina sejarah,ataupun kita menjadi sejarah" .

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

renunglah dng mata hati..

renunglah dng mata hati..