Sabtu, 25 September 2010

KEMAAFAN SESUATU YANG INDAH


Setiap manusia itu tidak lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Sukarnya seseorang untuk memaafkan saudaranya lantas terus menghina saudaranya itu atas kesilapan dan kesalahan yang dilakukan. Apakah penghinaan atau kemaafan yang terbaik buat seseorang yang melakukan kesilapan??

Firman Allah SWT:



“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.


(Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.”
(Surah Al-Hujurat:11)


Rasulullah SAW bersabda:


“Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut.”
(HR. Tirmizi)


“Orang yang tidak suka menghormati orang lain, adalah orang yang tidak terhormat. Orang yang dihinakan itu belum tentu dia akan hina atau tidak, tetapi perbuatan menghinakan orang itu sudah menjadi bukti atas kehinaan diri kita sendiri.”
(Hamka)


“Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam Allah menutup keaibannya di dunia dan di akhirat”.
(HR. Muslim, Ahmad dan Abu Daud)


“Bukanlah seorang beriman itu seorang yang suka mengecam, suka melaknat, suka mengeluarkan kata buruk dan kesat”.
(HR. Bukhari dan Ahmad)


Firman Allah SWT:


“Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.”
(Surah Ali-Imran:134)


Kemaafan adalah dendam terindah buat saudaramu yang melakukan kesilapan. Tidak ada manusia yang sempurna dan maksum sehingga tiada satu kesalahan pun yang dilakukannya terhadap saudaranya melainkan ‘Nabi Muhammad SAW.


Tiada manusia yang sempurna melainkan saling menasihati antara satu sama lain bagi memperbetulkan kesilapan dan memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik.
“Tidaklah dapat kita mengenal orang melainkan pada tiga keadaan, iaitu tidak dapat diketahui orang pemaaf melainkan ketika dia marah, tidak dapat diketahui orang yang berani kecuali ketika dia berjuang dan tidak dapat dikenal seorang sahabat melainkan ketika kita dalam kesusahan.”
(Luqman Al-Hakim)

Mulailah kemaafan itu dari diri kita sendiri dengan memafkan kesalahan yang pernah dilakukan oleh saudara kita.
Firman Allah SWT:


“Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu?”
(Surah an-Nur : 21)


“Maafkanlah semua orang sebelum anda tidur setiap malam bagi mencuci hati dan mencerdaskan minda”
~ Pesanan dari Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah.

Moral; Pelikkan, kita marah, kita bertengkar, kita sakit hati, sampai ada yg berdendam kesumat hanya semata-mata kerana hal dunia, asbab dunia, sekali lagi D U N I A.. walhal kita tahu, bagaimana pun kita berusaha bagai nak rak, akhirnya dunia ni akan tinggal je.



Hatta bila kita dipanggil pulang, 'uniform' kita sama, warnanya putih belaka. dari setinggi gelaran Tuanku, hatta sampai kepaling rendah, hamba abdi, malah saiz lubang lahad juga sama. tak ada bezanya.
Tapi yelah, bukan semudah dikata, mungkin kita menderita atas perbuatan mereka, sakit hati, sakit fizikal, tapi seperti mana awalnya, hanya kerana hal dunia.kita bila tembuk yang menyusakkan kita untuk berurusan diakhirat kelak, kita tak maafkan siapa saja yang tidak memuaskan hati kita, lalu, esok, bila orang lain telah selesai urusan kita masih menunggu dan mencari-cari mereka yg pernah kita sakiti dan menyakiti kita untuk menuntut dan dituntut hak.


hanya semata-mata untuk kepuasan dunia yang dah kena tinggal. Berbeza dengan Baginda Rasulullah saw. ketika bilamana Baginda disakiti, Tatkala Rasulullah berdakwah ke Taif, masyarakat Taif bukan sahaja tidak menerima dakwah baginda, malah mencaci, menghina dan melempari baginda dengan batu dan najis. Para malaikat menawarkan diri untuk menghapuskan orang-orang yang berlaku durjana kepada baginda. Tetapi dengan tenang, baginda menjawab: “Biarkan mereka, jangan diapa-apakan mereka kerana mereka tidak tahu, mereka masih jahil.”


berbanding kita sekarang yg akan MELAKUKAN APA SAJA asalkan puas hati...
Walhal Baginda selayaknya mengizinkan dan sekongyong-konyong bumi Taif mampu menelan mereka yang MENYAKITI BAGINDA KERANA BERDAKWAH AKAN ISLAM!yang membawa maksud, perjuangan Baginda untuk akhirat.


Anas ra berkata; Nabi saw. bersabda: Allah swt berfirman: "Sesugguhnya jika engkau berdoa mebgharapkan kecelakaan atas org lain, kerana ia telah menzalimimu dan di samping itu ada orang lain yang berdoa mengharapkan kebinasaan keatasmu karena engkau telah menzaliminya, maka bila engkau kehendaki, Aku akan mengabulkan keduanya atau menagguhkannya ...sampai hari kiamat di mana Aku akan memberikan ampunan-Ku kepadamu berdua." (Riwayat Al Hakim)


Masih ingin marah?, eemm.. jangan biarkan hatimu itu keras. Mintalah pada Allah agar kita sentiasa ada sifat pemaaf, kerana Allah swt sendiri sentiasa memberi maaf kepada hambaNya..
kita nilah hamba, tapi kita sering terlebih lajak dari TUANnya.



 p/s: sekiranya diri ini pernah mengguris perasaan sahabat2 samada secara sengaja atau tidak harap dimaafi kerana Setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan. Kesilapan yang dilakukan berkemungkinan dari ketiadaan ilmu tentang apa yang dilakukan itu atau juga terlalu mengikut nafsu.tidak ada manusia yang sempurna yang terlepas daripada melakukan kesilapan KECUALI BAGINDA RASULULLAH SAW.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

renunglah dng mata hati..

renunglah dng mata hati..