Jumaat, 5 Mac 2010

~Dia kekasihku...kekasihku~

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang... Alhamdulillah..bersyukur padaMU ya Rabb...dengan segala nikmat kurniaanMU...Selawat dan salam keatas junjungan besar Rasulullah SAW, ahli keluarga, para sahabat dan tabi' tabi'in...

Rindu padamu ya Rasulullah....

Bacalah.. bacalah wahai sahabat.. bacalah dari hati-hati kalian, bacalah dengan perasaan yang paling dalam.. bacalah dengan penghayatan yang paling tinggi.. bacalah dengan penuh rasa terhutang.. dan hutang kalian itu terlalu besar hatta tidak mampu untuk dibayar walau nyawa sebagai ganti..

Bacalah tentang kisah seorang manusia yang terlalu istimewa disisi TUHANnya iaitu ALLAH swt.. walaupun pada kita dia seperti bukan sesiapa.. sedangkan dia adalah kekasih Allah..
Bacalah dengan membandingkan diri kalian.. dan pengorbanan darinya.. pernahkah sekali.. walau sekali kalian lontakkan perkataan terima kasih kepadanya.. pernahkah kalian menyelami.. pegorbanannya untuk buat kalian.. buat aku buat mu.. berbanding kita yang sentiasa mengorbankan dia.. dalam sekian panjang perjalanan hidup kita yang akhirnya akan berebut-rebut mencari dia kelak..

Bacalah……mungkin saja pernah kalian membacanya.. tapi kali ini.. bacalah dengan mata hati…dengan linangan air jernih buat membasuh dosa yang sering bersisa...

:~ Detik KeWafaTaN RasuluLLaH ~:






Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seseorang berseru mengucapkan salam. ‘bolehkah saya masuk?’ tanyanya.


Tapi Fatimah tidak mengizinkan masuk, “Maaflah, ayahku sedang uzur”, kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.


Kemudian ia kembali menemui ayahandanya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “siapakah itu wahai anakku?”


“tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini ku melihatnya,” tutur Fatimah lembut.


Lalu Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.


“ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut,” kata Rasulullah.


Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang mengahampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggil lah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.


“Jibril, jelaskan apa hakku di hadapan Allah?”, Tanya Rasulullah dengan suara yang mat lemah.


“Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat tela menanti rohmu. Semua syurga terbuka luas menanti kedatanganmu,” kata Jibril.


Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.


“engkau tidak senang mendengar khabar ini?”, Tanya Jibril lagi.


“Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?”


“Jangan khuatir wahai Rasulullah aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: Kuharamkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.


Detik-detik pemergian Rasulullah semakin dekat, saatnya Izrail menjalankan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik.


Nampak seluruh tubuh Rasulullah besimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. ‘Jibril betapa sakitnya sakaratul maut ini.’


Perlahan Rasulullah mengadu.


Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunuduk semakin dalam dan Jibril memalingkan mukanya.


“Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat penghantar wahyu itu.


“Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril.


Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, kerana sakit yang tidak tertahan lagi. “Ya Allah, dahsyatnya maut ini. Timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.”


Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya.


Yang bermaksud; peliharalah solat dan peliharalah orang-orang yang lemah di antaramu.
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.


Fatimah menutupkan tangan di wajahnya,dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah SAW mengucapkan; Umatku, umatku, umatku...


Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Yg membawa kita keluar dari kepongpong kegelapan dan kezaliman kepada nur iaitu cahaya kebenaran.


Kini, apakah... kita mencintai dirinya seperti betapa cintanya Rasulullah kepada kita?


Apakah bukti cinta kita dengan perbuatan kita selama ini selari?


Apakah kalimah cinta itu benar dari hati atau sekadar laluan kata melindungi diri...


Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah


Ya Rasulullah, kami merinduimu, mencintaimu. Ah, bukan dua kali aku mencintaimu ya Rasulullah, bahkan aku mencintaimu yang tiada kali-kalinya.


“Ya Rabbi solli ‘ala Muhammad, ya Rabbi solli ‘alayhi wassalim, ya Rabbi solli ‘ala Muhammad, ya Rabbi solli ‘alayhi wassalim,” hatiku bernyanyi penuh rindu dan air mata ini tidak mampu bertahan lagi.....

~Ummi Nur Jannah~

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

renunglah dng mata hati..

renunglah dng mata hati..