Jumaat, 15 Jun 2012

NIKMAT HIDUP


<PUISIKU>..

Di keheningan subuh..
Fajar pagi memecahkan suasana nyaman,
Perginya sang rembulan..muncullah sang mentari yang menyinari hari..

Burung berkicauan, ayam berkokok,
Menandakan masuknya waktu subuh,
Bangunnya sang hamba menandakan dia masih diberi kesempatan
Untuk sujud dahinya memecah bumi,
Rasa bersyukur sebagai hamba kepada Sang Pencipta Alam Semesta…

Alhamdulillah..
Hidupnya sang hamba pada ketika tersebut tidak lain hanyalah untuk beribadah kepada Tuannya( Sang Khalid)..
Saat menyedut udara pagi yang mengasyikkan dengan nikmatNya,
Masih ada hambaNya yang mahu bersujud kepadaNya,
Tetapi tika itu juga, masih ada segelintir hambaNya yang kufur nikmat..
Masih diberi kesempatan untuk hidup tetapi..
Memilih untuk tidak mahu beribadah kepadaNya..
Asyik leka dengan lantunan bisikan syaitan laknatullah di telingannya yang membuatkannya hanyut dalam buaian mimpi yang indah (dunia)..

Subhanallah..
Ayuh bangunlah sang hamba tika mana masih diberikan kesempatan untuk menghirup
Udara yang nyaman..
Jangan engkau lupa,
Siapa yang memberikan segala nikmat tersebut kepada engkau,.

Allahu Rabbi..
Terlalu banyak nikmat yang ENGKAU berikan,
Tetapi masih sedikit hambanya yang bersyukur..
Wahai Tuhan yang memiliki seluruh isi Alam,
Janganlah ENGKAU palingkan nikmatMu yang banyak itu daripada hambamu ini..

MasyaAllah..
Sedarkah kita dunia hanya tempat ujian
Sebelum kita menuju kea lam Baqa’..
Hidup kita diibaratkan hanya sesaat di bumi ini
Tidak lain hanya untuk bercucuk tanam,
Hasilnya akan diperolehi di alam yang tiada penghujungnya kelak..

Allahu Akhbar..
Setiap hamba Allah tika masih diberi kesempatan
Maka bertaubatlah kepadaNya..
Berjuanglah untuk menjadi hamba yang TAAT, BERIMAN, BERTAQWA
Kepada Allah Yang Maha Esa..

By: hamba hina..



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

renunglah dng mata hati..

renunglah dng mata hati..