Jumaat, 20 Ogos 2010

Tazkirah

Bila kita kenal sesuatu yang indah, baik dan benar, kita akan jatuh cinta. Bila sudah cinta, kita banyak mengingat apa yang kita cintai itu. Dan bila kita banyak mengingat, pasti banyak pula kita menyebutnya…
Kata orang tua dahulu, bila hati teringat, mulut akan menyebut!
Jadi, tanda cinta... kita kepada sesuatu, banyaklah kita menyebut-nyebutnya. Dan begitulah kitaran cinta kepada Rasulullah saw.
Tanda kenal, cinta. Tanda cinta, ingat. Dan tanda ingat, banyak menyebut… Semakin banyak ingatan, semakin banyak pula sebutan. Dan di situlah signifikannya selawat!

Ya, semoga Allah berikan hati yang sentiasa ingat kepada Rasulullah saw lalu kita mampu berselawat ke atas baginda – sebagai tanda kasih, tanda cinta kepadanya. Tidak cukup jika berselawat pada Hari Keputeraannya atau membacanya hanya ketika dalam tahiyyat awal atau akhir, sebaliknya jadikan ia basahan lidah setiap masa – gembira atau berduka, ketika ramai atau bersendirian, siang mahupun malam.
Sebenarnya, bukan sahaja manusia dituntut bersalawat kepada Nabi Muhammad SAW, malah Allah dan para malaikat juga turut berselawat ke atas baginda.
Pujian daripada Allah dan para malaikat ini justeru ketinggian akhlak dan keperibadian baginda.

Firman Allah swt:

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya mengucapkan salawat ke atas Nabi. Wahai orang yang beriman, ucapkanlah selawat ke atasnya (Nabi) dan berikanlah salam dengan sesempurna-sempurna salam.”
(Al-Ahzab 56)

Firman Allah:
“Dan tidak diutuskan (nabi Muhammad SAW) melainkan untuk memberi rahmat buat sekalian alam.”
Rahmat kedatangan Rasulullah ini adalah dalam bentuk akhlak yang paling murni untuk dipelajari dan diteladani oleh semua manusia. Ini ditegaskan sendiri oleh sabda baginda:

“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia.”
Tanpa Rasulullah tidak akan ada kasih-sayang sejati di kalangan manusia. Ibubapa tidak akan dihormati, anak-anak tidak akan disayangi, kaum wanita tidak akan dilindungi, yang miskin tidak akan dibela, yang kaya tidak akan pemurah, yang berkuasa tidak akan adil, yang diperintah tidak akan taat.

Cara hidup Jahiliyah yang serba kejam, hina dan kucar-kacir akan terus bermaharajalela. Namun kedatangan baginda telah memberhentikan semua itu.

2 ulasan:

HiJaBViOLet berkata...

salam:-)
betul betul! setuju. selawat selalu insyaallah!
kenapa kita tak nak ingat nabi sedangkan nabi ingat kita hingga ke akhir nyawa. tak cukupkah bukti yang nabi terlalu cintakan umatnya. nabi masih bersusah hati walau dijanji syurga kerana fikirkan umatnya..ini adalah bukti cinta nabi pada kita. mana ada manusia susah hati jika dijamin syurga..tapi nabi tidak. demi umat, baginda sanggup bermati matian.

kembara mujahidah berkata...

sehinggakan sblm wafat pun baginda masih memikirkan ummatnya..bgitulah kasihnya baginda kpd kita.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

renunglah dng mata hati..

renunglah dng mata hati..