Ahad, 29 Ogos 2010

GGGE1253 TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN

 Assalamualaikum.

Teknologi dan pendidikan tidak dapat dipisahkan kerana hasil perkembangan teknologi akan memberi kesan kepada pendidikan. Oleh itu, sebagai seorang guru secara tidak langsung perlu menguasai teknologi supaya ianya dapat diterapkan dalam proses P&P di dalam kelas. Hal ini tidak terkecuali kepada guru pendidikan Islam kerana mereka juga perlu menguasai kemahiran penggunaan ternologi tersebut supaya P&P lebih menarik.
.
PADA PENDAPAT ANDA, BAGAIMANAKAH CARANYA GURU-GURU PIPAQ & PIBA DAPAT MENINGKATKAN TAHAP KEMAHIRAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PROSES PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DALAM BILIK DARJAH?

berikan ulasan anda beserta dengan nama dan no.metrik..

11 ulasan:

FARHI PAUZI berkata...

BAGAIMANAKAH CARANYA GURU-GURU PIPAQ &PIBA DAPAT MENINGKATKAN TAHAP KEMAHIRAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PROSES PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN:

Bidang teknologi semakin diakui kepentingannya seiring dengan peredaran zaman yang semakin berkembang pesat. Justeru, antara cara yang boleh dilakukan guru bagi meningkatkan tahap penguasaan teknologi dalam proses p&p adalah dengan:

1)Mengikuti kursus Pemantapan IT yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

2)Setiap guru dibenarkan untuk meminjam laptop sekolah bagi memudahkan urusan seharian.

3)Guru-guru diajar menggunakan perisian untuk mengisi data pelajar seperi Microsoft Excell,Microsoft Access dll.

4)Guru perlulah mengaplikasikan apa yang dipelajarinya ke dalam pengajarannya,iaitu dengan menghasilkan p.point bagi menjadikan p&p lebih menarik.

5)Di samping mempelajari bagaimana untuk menggunakan perisian2 yang terdapat dalam komputer, guru juga perlu mempelajari bagaimana untuk memasang LCD Projector, skrin layar dsgnya.

Setakat itu dahulu, t.kasih.

FARHANI BT AHMAD PAUZI-A127247

salam ukhuwah berkata...

salam..confius btullah..yang punya blog kena bagi saranan ke or yg komen??

ADAH..

SYAZA MOHD SABRI berkata...

5 CARA MENINGKATKAN TAHAP KEMAHIRAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PROSES PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DALAM BILIK DARJAH:

1. sering mencari dan melayari laman-laman web yang berkaitan dengan agama

2. memberi arahan pada pelajar agar pulang ke rumah dan mencari bahan-bahan di laman web berkaitan dengan tajuk yang ingin diajar pada keesokan harinya

3. menggunakan makmal komputer yang di peruntukkan di setiap sekolah dengan sebaik-baiknya

4. menggunakan powerpoint,video dalam proses pembelajaran bagi menarik minat para pelajar belajar

5. menggunakan perisian yang terkini dalam proses pembelajaran

SYAZA MOHD SABRI
A127226

Tuan Siti berkata...

Assalamulaikum..
5 cara bagaimana guru boleh meningkatkan kemahiran ict adalah:
1.guru haruslah mengikuti kursus komputer untuk meningkatkan kemahirannya
2.guru juga mesti mempunyai inisiatif untuk melayari laman web untuk mencari bahan
3.menggunakan p.point yang berkaitan subjek yang di ajar bagi meningkatkan pemahaman pelajar
4.aplikasikan dalam p&p contohnya perisian microsoft excell dan eccess
5.mepelbagaikan kaedah pengajaran dalam sesuatu subjek.
sekian,
tuan siti nooryani bt tuan fauzi (A129699)

raudhatul sakinah berkata...

assalamualaikum..
noraini binti abdul Aziz(A129690)
5 cara bagaimana guru2 PIPAQ/PIBA boleh meningkatkan kemahiran ict mereka seperti berikut:
1) mengikuti kursus/bengkel ict yang telah disediakan
2) selalu menggunakan atau mengexplore IT
3) menggunakan kaedah teknologi dalam pengajaran agar lebih mantap.
4) mengaplikasikan apa-apa bahan yang berkaitan dengan teknologi dalam proses p&p.
5) menggunakan kaedah pengajaran yang moden dan terkini sejajar dengan kemajuan teknologi.
wallahu a'lam
selamat hari raya:-)

nuraisyah berkata...

assalamualaikum
lima cara yang boleh digunakan oleh guru-guru PIPAQ/ PIBA untuk meningkatkan kemahiran ICT ialah:
1. guru-guru perlu mengikuti kursus-kursus ict
2. menjadikan teknologi pendidikan salah satu metod dalam kaedah p&p
3. membiasakan diri mengunakan teknologi berbanding cara biasa dalam p&P supaya lebih mahir
4. kesedaran dalam diri guru-guru tentang kepentingan pengunaan teknologi pada hari ini juga perlu supayabersungguh-sungguh meningkatkan kemahiran dalam ict
5. pihak pentadbiran sekolah perlu menggalakan penggunaan teknologi dalam pendidikan dalam kalangan guru-guru dengan menyediakan kemudahan, kelas intensif dan sebagainya

nuraisyah muhamad nasir A129993

Ainaa'ul Mardhiyah berkata...

Assalamualaikum

Antara kaedah atau cara yang boleh dilaksanakan oleh guru PIPAQ atau PIBA ialah :

1)guru hendaklah berani menjelajah ruangan ict untuk mendapatkan pengalaman agar guru dapat mengunakan teknologi di dalam proses p&p.

2)guru hendaklah mengambil inisiatif dengan menghadiri kelas komputer untuk menambahkan ilmu mengenai penggunaan komputer sebagai media pengajaran.

3)guru haruslah merasa yakin untuk menggunakan ict dalam bilik darjah dan meminta bantuan guru yang mahir dalam penggunaan ict untuk memberi tunjuk ajar.

4)guru perlu sentiasa menggunakan ict sebagai media pengajaran supaya guru akan lebih mahir dalam pengguaannya.

5) pihak sekolah perlu menyediakan kelengkapan dan kemudahan seperti makmal untuk subjek pendidikan Islam supaya guru-guru boleh menggunakan ict dan komputer dalam p&p dgn lebih mudah dan tidak membebankan.

NUR FARIDHA ADRINE AZIZ A127301

NORULAZMALINI BINTI MOHAMOOD berkata...

Assalamualaikum w.b.t....

5 cara atau langkah bagi guru-guru PIPAQ dan PIBA dalam meningkatkan kemahiran penggunaan ICT dalam proses P&P di dalam bilik darjah ialah:

1.guru-guru perlulah menghadiri kursus atau kelas komputer yang dianjurkan oleh KPM atau pihak sekolah.

2.guru perlulah rajin dan sentiasa menggunakan ICT dalam proses P&P.contohnya menggunakan powerpoit,video,audio,web dan sebagainya.Kaedah ini sekaligus dapat membantu para pelajar terhadap pengajaran yang berlangsung.

3.guru perlu sentiasa mengikuti perkembangan dalam ICT supaya mereka tidak ketinggalan dan perlu mengambil tahu cara untuk menggunakan sesuatu ICT.

4.pihak sekolah perlulah menggalakkan guru-guru untuk menggunakan ICT dalam proses P&P.

5.guru perlu menggunakan kemudahan ICT .seperti email,blog atau facebook untuk berkomunikasi dengan pelajar-pelajarnya.

sekian...

NORULAZMALINI BINTI MOHAMOOD (A129665)

orkid ungu berkata...

Assalamualaikum..
pada pendapat saya:
1) Guru-guru perlu diberi latihan yang cukup mengenai ict dan sentiasa menambah kecekapan melalui kursus dan latihan
2) Pihak sekolah menyediakan laptop kepada guru secara individu
3) Guru perlu berdikari dalam mencari dan mengexplore bahan2 di internet
4) perlu sentiasa memperbaharui perisian-perisian terbaru
5) guru tidak boleh malu untuk bertanya dan mempelajari sesuatu yang bermanfaat.

sekian.
Mazawani Murad (A130022)

bintulislam berkata...

Assalamualaikum.

5 cara untuk meningkatkan kemahiran penggunaan teknologi adalah:
1. Menyertai kursus-kursus berkaitan teknologi dan ICT yang dianjurkan pelbagai pihak
2. Mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang diperolehi.
3. Tidak malu bertanya dan mempelajari ilmu ICT dengan mereka yang lebih pakar.
4. Berani mengexplore untuk mendapatkan pengalaman dan maklumat terkini.
5. Sentiasa menggunakan ICT sebagai salah satu metod P&P

Sekian
Siti Solehah Awang Ngah (A130040)

perindu ILAHI berkata...

CARA GURU-GURU PIPAQ & PIBA DAPAT MENINGKATKAN TAHAP KEMAHIRAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PROSES PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DALAM BILIK DARJAH:
1)Pihak KPM perlu mengadakan kursus yang berkaitan dengan teknologi khusus untuk guru pendidikan Islam bagi memudahkan untuk mengenalpasti tahap penguasaan guru-guru PIBA/PIPAQ tentang ilmu teknologi.
2)Guru juga perlu kerap menggunakan media dalam proses p&p.
3)Malah,perlu ditanam dalam diri guru sifat ingin bertanya dengan rakan sejawat yang mahir dalam bidang tersebut.
4)Pihak sekolah juga berperanan dalam menyediakan BBM elektronik bagi memudahkan guru menggunakannya dalam proses p&p.
5)Akhir sekali,guru juga perlu alert dengan kecanggihan ilmu teknologi.
NORAFZAN BINTI NORASLAM
(A129709)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

renunglah dng mata hati..

renunglah dng mata hati..